Ahad, 13 Mac 2016

Renovation @ Rawang


KERJA-KERJA UBAHSUAI DI RAWANG

Tembok Pagar


Table top


Kerja simen


Plaster siling & kerja simen


Kerja-kerja kekemasan


Naik Batu







Selasa, 8 Mac 2016

Renovation @ TTDI Kajang


KERJA-KERJA UBAHSUAI RUMAH DI TTDI (KAJANG)

Lantai Taman



Tembok Pagar




Simle Lanskap



Plaster Siling



Kerja-kerja kekemasan



Vinyl



Padding stairs



Table Top

Kerja-kerja membaikpulih taman permainan di Sungai Chua Kajang


Membaikpulih taman permainan di Sungai Chua , Kajang






Ahad, 6 Mac 2016

Kerja di Syarikat Bekalan Air Selangor


Assalamualaikum.. Masa mula2 dulu ramai yang tidak berapa yakin ngan newbie macam aku.. Tapi mungkin diberi peluang . Xpun ingin ketengahkan kontraktor bumi putera yang baru. Aku x sia2 kan peluang yang diberikan. Xkisah kerja apa pun masa tu.. Janji anak bini boleh makan. Alhamdulillah!!

KERJA-KERJA PEMBERSIHAN KAWASAN DI SYABAS








Sabtu, 5 Mac 2016

Bagaimana aku mula melangkah sendiri

Apa yang aku mula2 fikir ialah camana nak buat marketing.. Yang paling penting bagaimana aku nak kenalkan company aku ni.. Pasal aku sedar.. persaiangan amat2 byk masa tu.. Jadi mula2 aku buat flyers.. Flyers ni pun kawan tolong.. Brother Moon lagi.. Thanks a lot bro.. Siap je flyers aku pun terus buat offline dan onnline.



Lepas buat marketing.. Jumpa orang sana sini.. Melobi kaw2 .. Tiba saat menunggu feedback dari orang2 yang aku jumpa tu.. Aku tahu kerja sendiri ni banyak pancaroba dia.. Dah lah newbie.. Sapalah yang nak pandang.. Doa dan tawakal.. Selebihnya semua kerja tuhan.. Dekat 3 bulan jugak lah aku buat marketing.. Dan akhirnya ada juga yang sudi beri peluang.. Pertama kali aku dipanggil buat kerja2 pembersihan cermin bangunan dan pembaikan siling kapur yang rosak di TM CYBERJAYA.. Alhamdulillah!!



KERJA-KERJA PEMBAIKAN SILING KAPUR DAN  KERJA-KERJA PEMBERSIHAN CERMIN BANGUNAN



Kerja-kerja pembersihan cermin bangunan 






Kerja-kerja pembaikan siling kapur

Jumaat, 4 Mac 2016

Maka terciptalah JOE_CONSTRUCTION

Maka secara rasmi aku pun start lah niaga sendiri.. Mula2 biasalah suffer jugak.. Tapi dalam niaga ni kita perlu ada 'jiwa fighter'. Kena buat sampai jadi. Apa jua badai yang menimpa teruskan juga.. Pesan orang tua.. 'kena suka meniaga, bukan meniaga untuk suka2'. Dalam maksud tu... Anyway thankz to my family lah kerana selalu menyokong.. Terutama pada my wife.. Love U so Much.. Selalu beri sokongan .. 



Masa mula2 tu.. Inilah sahaja yang aku dapat beli.. Sikit2 dulu..  Buat kerja pun xramai lagi.. Jadi aku gunakan apa yang ada dulu.. Kalau xcukup.. Pinjam lah dulu kat mana2.. wakakakakak!!! Tapi aku ni xmemilih kerja sangat .. Kerja kecik2 pun aku amik gak.. HiHi!!!



Bila nak niaga ni marketing pun main peranan. Flyers ni member aku yang buatkan.. Pasal aku mmg xpandai nak buat flyer macam ni.. Terima kasih Brother Moon.. Jasamu ku kenang.. Jadi bertahun2 lah aku guna flyer ni.. Brother Moon pun ada juga beri beberapa tips untuk marketing ni.. Selebihnya doa dan tawakal.. Allah lebih mengetahui...



Ini kisah aku.. Mungkin ramai yang Xtahu.. Mungkin juga aku kurang bercerita pada orang.. TAPI!!! di saat aku sedang menimba ilmu pembinaan ni.. Hati ni tiba2 pulak nak cuba perniagaan retail.. Aku pun ambil keputusan untuk BERHENTI KERJA POSMEN..Perniagaan proses dan menjual santan.. Ha!ha!.. Melayu betul laa.. aku pun tanpa berfikir panjang.. Terus kan perniagaan santan itu tanpa ada ilmu langsung.. Aku buat bisnes ni xsampai setahun.. Byak silap daripada aku perniagaan ni stop ditengah jalan... Pengalaman dan duit poket xde.. asyik terpakai jee.. Faham2 lah... Pengalaman yang bermakna dalam hidup..

Semangat untuk meniaga dan menimba ilmu pembinaan masih tidak pudar.. Aku buat jugak kerja lama .. Mungkin setelah merasa ilmu adalah skit di dada.. Aku memberani  diri untuk mencari kerja di Syarikat UNIVERSAL CARE. Sebuah syarikat pembinaan bumiputera.. Tapi kerja aku di situ adalah PENGURUS PROJEK.. Jadi aku kena uruskan projek dan semua kertas kerja.. 2 Tahun jugak aku kerja situ..  Jadi sekarang aku sudah tahu kerja2 buruh dan dah tahu buat kertas kerja untuk projek.. HMMM.. Maka bertitik mula dari situlah lahirnya JOE_CONSTRUCTION..

Khamis, 3 Mac 2016

Aku bermula dari 0!!


assalamualaikum.. nama aku Joe.. Sebenarnya sebelum aku mulakan kerjaya aku sebagai kontraktor, aku adalah seorang 'Posmen'.. X terfikir pun untuk menukar kerjaya,, Mungkin masa mula menjadi posmen tu, aku dah berkahwin. Mungkin takut kalau2 aku xcukup kasi makan kat bini aku bila aku terus tukar kerja.. tapi kita merancang .. tuhan yg tentukan.. aku mulakan kerjaya kontraktor ini secara part time dahulu.. hjg minggu aku mengambil upah kerja di tapak pembinaan di kawasan berdekatan dengan rumah aku.. upah aku masa tu.. RM 50 sehari.. !!! Kerja dari pukul 8am sampai 6pm.. mcm2 aku belajar masa tu.. dari simen tu dalam beg sampai naik sebuah rumah.. lama jugak aku tahan kerja kat site tu.. Pertama untuk famili .. Yang ke2 pasal minat yang tinggi untuk belajar.. Majikan aku masa tu seorang warga Indonesia..